Kehidupan peribadi Amyza_Aznan

Anak sulung daripada lima beradik ini yang terdiri daripada Zulkifly, Siti Jamiyyah, Nor Abdah dan Nurul Najwa Sabrina ini lahir pada 18 Julai 1976 di Alor Gajah, Melaka. Ayahnya Aznan Ibrahim seorang anggota polis sementara ibunya, Khadijah Mohd. Iderus seorang suri rumahtangga. Sejak kecil lagi dia cukup popular baik di sekolah mahupun di kalangan anak-anak jirannya. Gelaran 'kudut', keding, Mak enon dan Becok memang sudah dikenali ramai. Ini kerana, mulutnya yang dikatakan suka bercakap dan berceloteh tak henti-henti itu telah membuat ramai yang senang mendampinginya. Kerana kelebihan itu Amyza kini menempa nama sebagai pelakon komedi yang disukai ramai. [1] Ketika berusia 8 tahun, Amyza sekeluarga berpindah ke Kampung Melayu Subang, Selangor dan bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan, kebetulan satu sekolah dengan penyanyi Anuar Zain dan pengacara TV Anne Hamid.

Amyza pernah menjalinkan hubungan dengan Badrul Izhan Yeop Abdullah, penyanyi kumpulan Indigo pada 1998 hingga mereka putus di tengah jalan pada 2001. Kisah putus cinta mereka mencetuskan kontroversi kerana Bard mengalami kemurungan hingga ditahan di hospital.[2]. Pada tahun 2004, Amyza berkahwin dengan pegawai Petronas Khairil Idzhar Md Nazir dan kekal bahagia dan dikurniakan dua cahayamata Andre Mikhail (lahir 2006) dan Andrian Adam (2008). Amyza dan suami menang naib juara pertandingan realiti amal tarian Sehati Berdansa pada tahun 2009.